Lecturer: Wan Faisal Wan Ahmad Mohtasa
Penulis blog: Mohammad Faizaly Bin Abdul Manan (05DAD14F2010)
Najwan Nabil Bin Abdul Amit (05DAD14F2003)
Ardi Mansyah Bin Bahman (05DAD14F2019)
PENGENALAN
Apa itu fauna?Fauna adalah semua jenis haiwan yang berada di seswatu kawasan . Istilah yang sepadan bagi tumbuh-tumbuhan adalah flora. Flora, fauna dan bentuk hidupan lain seperti kulat dirujuk bersama sebagai biota.
Zoologists dan paleontologists menggunakan fauna untuk merujuk kepada koleksi tipikal haiwan yang boleh didapati dalam masa yang tertentu atau tempat, contohnya yang "Sonoran Desert fauna" atau "Burgess Syal fauna".
Apa itu fauna menurut islam?
al-Qur'an meletakkan haiwan pada kedudukan yang lebih rendah dibandingkan dengan manusia dan mempunyai kecenderungan terhadap antroposentrisme. Walau begitu, al-Qur'an menyuruh setiap Muslim untuk memperlakukan haiwan dengan rasa belas kasihan dan tidak menganiaya mereka. Haiwan beserta makhluk lain dipercayai, senantiasa memuji Tuhan walaupun perkara ini tidak dinyatakan sebagaimana yang manusia lakukan.
Qur'an 17:44
Allah seperti mana firman-Nya:
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي
الأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ
دَابَّةٍ
وَأَنزَلْنَا مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا
مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ.
Dia (Allah)
menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu
melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya
supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan
padanya pelbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari
langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang
memberi banyak manfaat.
[Luqman 31:10]
Antara Hadith-Hadith Nabi Muhammad S.A.W
بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ إِذْ
رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ فَنَزَعَتْ
مُوقَهَا
فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ.
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan
hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil
melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing
tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana
perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]
- Pada satu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melintasi seekor unta yang kelihatan kempis perutnya kerana kelaparan. Lalu baginda bersabda:
اتَّقُوا
اللَّهَ فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا
صَالِحَةً وَكُلُوهَا صَالِحَةً.
Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan
yang bisu ini.
Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik.
[Dikeluarkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah
al-Ahadits al-Shahihah – no: 23]
- Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran:
دَخَلَتْ
امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ
تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ.
Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang
diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk
makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no:
3318]
- Menjaga kebajikan haiwan tidak sekadar pada masa hidup mereka, tetapi juga pada saat kita akan menyembelih mereka. Sudah menjadi salah satu daripada adab menyembelih untuk menggunakan pisau yang tajam agar haiwan tersebut dapat melaluinya dengan mudah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ
اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ. فَإِذَا قَتَلْتُمْ
فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ
وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ.
Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Maka
apabila kamu membunuh maka perbaikilah cara membunuh dan apabila
kamu menyembelih maka perbaikilah cara sembelihan. Hendaklah salah
seorang daripada kamu mengasah pisaunya dan biarkan haiwan
sembelihan mati tanpa terseksa.
[Shahih
Muslim
– no: 1955]
Ayat Al-Quran yang meyebut tentang haiwan(fauna)
(Al-Baqarah: 265)
Ayat 67 hingga 71 surah alBaqarah
Ayat 67 hingga 71 surah alBaqarah
Ayat 67 Al-Baqarah
Dan ingatlah ketika nabi Musa berkata kepada kaumnya…
Allah memerintahkan kamu agar menyembelih seekor sapi betina ...
Mereka bertanya...
Apakah engkau akan menjadikan kami sebagai ejekan...
Dia (musa...menjawab...
Aku berlindung kpd Allah agar tidak termasuk orang orang yang jahil
Ayat 68 Al-Baqarah
Mereka
berkata ...Mohonlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menjelaskan
kepada kami tentang sapi betina tersebut. Musa menjawab...Dia yakni
Allah berfirman bahawa sapi betina tersebut tidak tua tidak muda tetapi
pertengahan antara hal tersebut. Maka kerjakanlah apa yang diperintahkan
kepadamu
Ayat 69 Al-Baqarah
Ayat 69 Al-Baqarah
Mereka berkata ...Mohonlahkepada Tuhanmu untuk
kami agar Dia menjelaskan kepada kami apa warnanya. Musa menjawab... Dia
yakni Allah berfirman bahawa sapi betina yang kuning tua warnanya yang
menyenangkan orang yang memandangnya
Ayat 70 Al-Baqarah
Ayat 70 Al-Baqarah
Mereka
berkata ...Mohonlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menjelaskan
kepada kami tentang sapi betina tersebut kerana sesungguhnya sapi betina
tersebut belum jelas bagi kami dan jika Allah mengkehendaki, niscaya
kami mendapat petunjuk
Ayat 71 Al-Baqarah
Dia (Musa menjawab... Dia yakni Allah berfirman ...sapi tersebut asalah sapi betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula utk mengairi tanaman, sihat dan tanpa belang. Mereka berkata sekarang barulah engkau menerangkan hal sebenarnya. Lalu mereka menyembelihnya dan nyaris mereka tidak melaksanakan perintah tersebut.
Ayat 71 Al-Baqarah
Dia (Musa menjawab... Dia yakni Allah berfirman ...sapi tersebut asalah sapi betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula utk mengairi tanaman, sihat dan tanpa belang. Mereka berkata sekarang barulah engkau menerangkan hal sebenarnya. Lalu mereka menyembelihnya dan nyaris mereka tidak melaksanakan perintah tersebut.
(Surah Al-Maidah ayat 1 hingga 4)
Ayat 1 Al-Maidah
Wahai orang orang yang beriman. Penuhilah janji janji. Haiwan ternak yang dihalalkan bagimu kecuali yang disebutkan kepadamu dengan tidak menghalalkan berburu ketika kamu sedang berihram (haji atau umrah
Sesungguhnya Allah menetapkan hukum yang sesuai dengan yang Dia kehendaki.
Ayat 2 Al-Maidah
Wahai orang orang yang beriman. Janganlah kamu melanggar syariat kesucian Allah dan jangan kamu melanggar kehormatan bulan bulan diharamkan berperang (bulan zulkaedah, zulhujjah, muharam, rejab
Jangan mengganngu hadyu (haiwan haiwan qorban hadyu adalah haiwan yang disembelih selaku pengganti dam…pekerjaan wajib haji yang ditinggalkan atau selaku denda kerana melanggar hal hal yang terlarang semasa mengerjakan haji…)
Dan qalaid (haiwan korban yang diberi tanda) dan janganlah mengganggu ore yang mengunjungi Baitulllah mereka mencari kurnia dan keredhaan Tuhannya. Tetapi apabila kamu telah meneyelesaikan ihram. Maka bolehkah kamu berburu. Jangan sampai kebencianmu kepada suatu kaum kerana mereka menghalang halangi kamu dari masjidil haram, mendorong kamu membuat hal yang melampaui batas kepada mereka. Dan Bantu membantulah kamu dalam menegrjakan kebaikan dan Taqwa. Dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwa lah kepada Allah sesungguhnya Allah sangat berat siksa Nya
• qalaid adalah haiwan yang diberi kalung agar diketahui orang bahawa haiwan tersebut telah diperuntukan untuk dibawa ke Kaabah
Ayat 3 Al-Maidah
Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah dan daging khinzir dan daging haiwan yang tidak disebut nama Allah semasa menyembelihnya, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya. Dan diharamkan yang disembelih untuk patung berhala. Dan diharamkan mengundi nasib dengan azlam (anak panah). Kerana itu suatu perbuatan fasik. Pada hari ini orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan agama kamu yakni addinul Islam sebab hal ini juga janganlah kamu takut kepada orang kafir. Tetapi gerunlah kepada Allah. Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu Agamamu untukmu. Dan Aku telah sempurnakan nikmatKu bagimu dan telah Aku redha Islam selaku Agamaku bagimu
tetapi barang siapa terpaksa kerana lapar bukan kerana ingin berbuat dosa maka sesungguhnya Allah Maha pengampun Maha penyayang
Ayat 4 Al-Maidah
mereka bertanya kepadamu "Muhammad..."
apakah yang dihalalkan bagi mereka?... beritahulah...yang halal bagimu adalah makanan yang baik dan buruan yang ditangkap oleh binatang pemburu yang telah dilatih untuk berburu yang kamu latih menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah apa yang ditangkap untuk mu dan sebutlah nama Allah sewaktu melepaskannya Dan bertaqwalah kepada allah sesungguhnya Allah amat cepat perhitunganNya.
(Ayat 73 - 74 Al Hajj)
Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pulalah yang disembah. Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar benarnya. Sesungguhnya Allah benar benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa
(Surah An-Nahl Ayat 69)
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
Video kekuasaan Allah